Saturday, June 1, 2019

English Adjective (Lesson 2)


Lesson 2: Adjective: Ulangkaji

Hari ini, saya masih nak membincangkan tentang adjective kerana ramai pelajar saya masih keliru ttg penggunaan adjective yg melibatkan pengakhiran '-ing' dan '-ed'.
Mengapa keliru? Mgkn bahasa ibunda masing2 mempunyai tatabahasa/grammar berbeza dgn English. Sepanjang sy berkhidmat di UiTM dan kemudiannya UIA, sy lihat kesalahan yg dilakukan oleh pelajar dlm English adjective yg berakhir dgn '-ing' dan '-ed' ini adalah sama tidak kira mereka ini pelajar Melayu atau penuntut dari negara2 Arab, Pakistan, Korea, Thailand, Indonesia dan sbgainya. Percayalah, tidak ada bahasa yg semuanya sama di dunia.
Bagi kita orang Melayu, apa2 sahaja yg yg berakhir dgn '-ed' dianggap Past Tense. Itulah kesalahan terbesar sekali kerana anda lupa ttg wujudnya Adjective yg berakhir dgn '-ed'.

Contoh A:
Adjective berikut berakhir dgn '-ed':
1. Interested 
2. Annoyed
3. Amazed
4. Boiled
5. Excited
6. Bored

Contoh B:
Adjective berikut berakhir dgn '-ing':
1. Interesting
2. Annoying
3. Amazing
4. Boiling
5. Exciting
6. Boring

*Nombor 6 paling popular sekali. Pelajar memang suka sebut "I am boring" 😂
Contoh ayat yg menggunakan adjective yg berakhir dgn '-ed' dan '-ing':

A)Base form: interest ====~ interested/interesting
1. My brother is interested in learning French.
2. French is an interesting subject.

*''interested' maksudnya, berminat. Dlm ayat ini, ia digunakan utk menerangkan emosi/perasaan terhadap sesuatu perkara
*'interesting' maksudnya,menarik. Dlm ayat ini,ia digunakan utk menerangkan sifat/ciri perkara tersebut yg menyebabkan perasaan 'interested' itu timbul


B) Base form: annoy =====~ annoyed/annoying
1. Ali was annoyed with his sister for turning up late.
2. Ali's sister was so annoying.

*'annoyed' - sakit hati
*'annoying' - menyakitkan hati


C: Base form: bore --------bored/boring
1. Vince was so bored that he fell asleep in the lecture hall.
2. The subject was boring that he fell asleep.
3. We disliked the class because the lecturer was boring.

*'bored' - bosan
*'boring' - membosankan


Jadi, ayat yg betul utk melahirkan rasa bosan adalah:
I am bored (/)
bukannya
I am boring (x).

Namun, ayat 'I am boring' adalah relevan sekiranya anda ingin memberitahu org ramai yg anda seorang yg membosankan.
Berikut adalah beberapa lagi contoh ayat. Perhatikan penggunaan adjective (-ed) dan (-ing) dalam ayat ini:


1. Niagra Fall is an amazing place.
2. I am so amazed with his painting.
3. Sara is so excited to visit her parents this weekend.
4. The new theme park is so exciting!
5. Be careful. That's boiling water!
6. The boy ate boiled eggs for dinner.

Sekarang, anda boleh cuba latihan berikut. Boleh pilih nak guna perkataan yg mana dan buat ayat sendiri. Saya taknak anda ikut ayat saya, ayat kawan atau tiru ayat dlm internet. Sekian.... Semoga berjaya!


EXERCISE.
Choose one adjective (-ing) and (-ed).Make your own sentence.


(-ing)
1. Interesting
2. Annoying
3. Amazing
4. Boiling
5. Exciting
6. Boring
7. Baking
8. Suprising
9. Satisfying


(-ed)
1. Interested 
2. Annoyed
3. Amazed
4. Boiled
5. Excited
6. Bored
7. Baked
8. Surprised
9. Satisfied


No comments:

Post a Comment